download

Cara Melakukan Hard Reset dengan Button (Tanpa Kehilangan Data)

Melakukan hard reset menggunakan kombinasi ‘button’ merupakan langkah yang efektif untuk menyelesaikan masalah iPhone atau Android seperti skrin beku, aplikasi tergantung, atau sistem yang tidak responsif. Langkah ini tidak akan memadamkan data seperti gambar, fail, atau aplikasi.

Langkah-Langkah Hard Reset untuk iPhone

  1. Tekan ‘Button Volume Up
    Tekan dan lepaskan ‘Button Volume Up’ dengan cepat.
  2. Tekan ‘Button Volume Down’
    Tekan dan lepaskan ‘Button Volume Down’ dengan cepat.
  3. Tekan dan Tahan ‘Button Power’ (Side Button)
    Tekan ‘Button’ Power/Side sehingga logo Apple muncul.
    (Ini mungkin memerlukan beberapa saat, jadi bersabarlah hingga sistem reboot.)
  4. Selesai
    Setelah peranti menyala kembali, iPhone anda akan berjalan lebih lancar tanpa kehilangan data.

Langkah-Langkah Hard Reset untuk Android

  1. Tekan dan Tahan ‘Button’ Power dan ‘Volume Down
    Tahan kedua ‘button’ secara serentak sehingga peranti mati dan logo boot muncul.
  2. Lepaskan ‘Button’
    Lepaskan ‘button’ setelah logo muncul. Peranti akan secara automatik reboot.
  3. Gunakan ‘Button’ Power untuk Pilihan Tambahan (Jika Ada)
    Sesetengah model Android memberikan pilihan seperti ‘Restart‘ atau ‘Reboot‘. Pilih dengan ‘button volume’, dan sahkan dengan ‘button power’.

Kelebihan Hard Reset dengan ‘Button’

  • Tidak Memadamkan Data: Proses ini hanya menyegarkan sistem, tanpa memadam data penting.
  • Mudah dan Cepat: Tidak memerlukan tetapan tambahan.
  • Membaiki Sistem yang Membeku: Sangat efektif untuk masalah kecil seperti skrin tidak responsif.

Jika anda menghadapi kesulitan atau kerosakan serius pada peranti anda, jangan ragu untuk datang ke NHA Billionaire. Kami menyediakan perkhidmatan pembaikan pantas dan profesional.

Hubungi Kami:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *